Kini boleh dimuat turun

in Bisnes by


KUMPULAN Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah membentangkan Laporan Tahunan 2017 yang  boleh dimuat turun menerusi laman sesawang myEPF di pautan www.kwsp.gov.my.


Memetik laporan Astro Awani, laporan tahunan yang dibentangkan di Parlimen 3 April lalu, melaporkan peningkatan 6.38 peratus caruman tahunan kepada RM65.52 bilion, berbanding pengeluaran sebanyak RM49.40 bilion.


Ini sekali gus mencatatkan aliran masuk bersih sebanyak RM16.12 bilion.  KWSP turut mencatatkan kenaikan 8.26 peratus jumlah aset pelaburan kepada RM791.48 bilion, berbanding RM731.11 bilion tahun  lalu.


Jumlah caruman ahli pula sebanyak RM768.51 bilion setakat 31 Disember 2017.


Ketua Pegawai Eksekutif KWSP Datuk Shahril Ridza Ridzuan berkata, KWSP sebelum ini mengisytiharkan dividen 6.90 peratus untuk Simpanan Konvensional melibatkan agihan dividen RM44.15 bilion dan kadar dividen 6.40 peratus untuk Simpanan Syariah melibatkan agihan dividen RM3.98 bilion.


“Secara keseluruhannya, agihan dividen 2017 berjumlah RM48.13 bilion, naik 29.80 peratus berbanding 2016.


“Jumlah permohonan pengeluaran meningkat 3.84 peratus kepada 2.45 juta, di mana 2.32 juta permohonan diluluskan dengan jumlah pengeluaran sebanyak RM49.40 bilion melalui pelbagai skim pengeluaran.


“2017 merupakan tahun yang baik di mana KWSP buat pertama kalinya mengumumkan keputusan pelaburan dan kadar dividen bagi Simpanan Syariah,” katanya.


Katanya, KWSP mengakhiri tahun kewangan dengan mencatat pendapatan pelaburan kasar tertinggi dengan pulangan atas pelaburan kasar (ROI) sebanyak 7.30 peratus, peningkatan 18 mata asas berbanding 2016.


Ia mencatatkan prestasi kukuh dalam semua portfolio. Sebahagian besar didorong pelaburan dalam ekuiti global yang mendapat manfaat daripada pasaran yang bertambah baik.


Source: SH Bisnes

[featured-video-plus]