Pas umum calon esok, kecuali Kelantan

in Politik by


KUALA LUMPUR – Presiden, Timbalan Presiden dan Setiausaha Agung Pas hanya akan berentap di kerusi Parlimen dalam PRU14 ini.


Perkara ini diumumkan oleh Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan.


“Untuk makluman, Presiden dan Timbalan Presiden akan bertanding di Parlimen sahaja. Termasuk saya sendiri, Setiausaha Agung,” katanya ketika sidang media di Ibu Pejabat Pas, hari ini.


Setiausaha Agung Pas itu turut memaklumkan bahawa Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man sebagai Pesuruhjaya Pas Pahang tidak akan bertanding di negeri itu.


Tambah Takiyuddin, beliau sendiri akan kekal mempertahankan kerusi di Parlimen Kota Bharu.


“Tuan Ibrahim tidak bertanding di Pahang, ini gambaran sikit, tapi saya akan pertahankan Parlimen Kota Bharu,” jelasnya.


Takiyuddin memaklumkan bahawa Pas akan mengumumkan calon-calonnya yang akan bertanding pada PRU14 esok, kecuali Kelantan.


“Kelantan meminta penangguhan untuk memperkemaskan senarai mereka dan akan umumkan pada 25 April ini.


“Manakala senarai calon Pas di Sarawak akan diisytiharkan pada 21 April dan Sabah pada 22 April ini oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sendiri di sana,” jelasnya.


Beliau memaklumkan, senarai calon-calon Pas telah diberikan kepada pesuruhjaya Pas negeri kerana mereka akan umumkan calon di negeri masing-masing esok.

 


Source: SH Politik

[featured-video-plus]