PDRM umum pertukaran tiga pegawai kanan

in Nasional by


KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini mengumumkan pertukaran tiga pegawai kanannya berkuat kuasa 21 Mei depan.


PDRM dalam kenyataan berkata pertukaran itu melibatkan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri Sembilan Asisten Komisioner Nor Azman Muhammad Yusof yang akan bertukar sebagaiĀ  Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Selangor.


Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Selangor kini Asisten Komisioner W Rukman W Hassan pula mengambil alih jawatan Nor Azman itu.


Turut bertukar ialah Ketua Bahagian Pengurusan Daerah Bau, Sarawak Asisten Superitenden Brodie Ak Brangka bertukar sebagai Ketua Polis Daerah Belaga, Sarawak dengan memangku pangkat Deputi Superitenden. – Bernama


Source: SH Nasional

[featured-video-plus]