Pegawai kanan polis terlibat kegiatan dadah

in Edisi by


SEREMBAN – Empat anggota polis termasuk seorang pegawai kanan ditahan dipercayai terlibat dengan kegiatan penjualan dadah di sekitar negeri ini.


Ketua Polis Negeri, Datuk Noor Azam Jamaludin berkata, kesemua anggota dan pegawai itu ditahan pada 6 April lalu, semasa bertugas di Ibu Pejabat Kontijen Polis Negeri Sembilan dan Pahang.


Menurutnya, penahanan dibuat selepas soal siasat dilakukan bersama 34 ahli Geng 36 kongsi gelap, susulan tangkapan mereka pada 29 Mac lalu.


Kesemua anggota dan pegawai terlibat kini ditahan reman selama 28 hari sehingga 4 Mei.


Siasatan lanjut masih lagi dijalankan dan kes disiasat dibawah Seksyen 4(5) Akta Kesalahan Keselamatan ( Langkah-Langkah Khas) 2012.


Sementara itu, Noor Azam memberitahu, susulan penahanan 34 geng kongsi gelap lalu, pihaknya telah menemui lima lokasi dipercayai tempat untuk melupuskan lima mangsa bunuh.


Katanya, kesemua tulang manusia yang ditemui itu telah dihantar ke Jabatan Patologi dan pihaknya masih lagi menunggu keputusan ujian makmal.




 


Source: SH Edisi

[featured-video-plus]