‘Pengundi Kelantan tetap pulang walaupun merangkak’

in Politik by


KUALA LUMPUR – Pas yakin pengundi luar Kelantan akan tetap pulang ke negeri itu bagi menunaikan tanggungjawab pada PRU14.


Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, rakyat Kelantan telah diasuh untuk pulang mengundi sejak zaman bekas Menteri Besar Kelantan, Allahyarham Datuk Nik Aziz Nik Mat.


“Ini bukan kali pertama PRU dibuat pada hari biasa, sebelum ini pun sudah ada. Tetapi rakyat Kelantan di luar telah diajar (untuk pulang mengundi) sejak zaman Tuan Guru Nik Aziz lagi.


“Beliau kata, kalau ada kereta naik kereta, kalau tak ada naik motor, tak ada motor naik basikal. Kalau tak ada apa-apa, merangkak balik. Itu motivasi ditanam oleh Tuan Guru Nik Aziz pada rakyat Kelantan,” katanya dalam sidang media, hari ini.


Beliau berkata demikian ketika ditanya sama ada hari pengundian pada Rabu akan menyukarkan pengundi luar untuk pulang ke Kelantan.


Menurut Takiyuddin, beliau yakin rakyat yang sayangkan negeri ini akan pulang untuk mengundi.


“Saya difahamkan tempahan bas-bas sudah dibuat. Mereka yang di Sabah dan Sarawak juga dah beli tiket.


“Jadi ia tidak jejaskan peratusan yang mengundi,” katanya.


Source: SH Politik

[featured-video-plus]