Polis jejak individu baling cat poster PM

in Edisi Pahang by


JERANTUT – Polis sedang dalam usaha menjejaki individu yang disyaki melemparkan cat ke arah gambar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak pada papan iklan di kawasan perindustrian di bandar ini.


Ketua Polis Daerah, Superintendan Mazlan Hassan berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian tersebut selepas Setiausaha Umno Bahagian Jerantut, Ahmad Nizam Mohd Hassan membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD), di sini kira-kira jam 3.30 petang semalam.


“Ini adalah kejadian pertama yang kita terima di sini selepas PM umumkan pembubaran parlimen. Kes ini sedang disiasat di bawah seksyen 427 kerana kesalahan khianat.


“Kita juga berharap saksi yang melihat kejadian itu agar tampil membantu pihak polis bagi mengesan individu yang terlibat,” katanya di sini, hari ini.


[ARTIKEL BERKAITAN: Wajah PM disimbah cat]


Mazlan berkata, kejadian tersebut tidak sepatutnya berlaku dan beliau menasihati orang ramai agar tidak melakukan sesuatu yang tidak bermoral apabila berkempen menjelang PRU14 nanti.


“Kita akan mengambil tindakan terhadap individu yang cuba menimbulkan ketegangan ketika berkempen dengan tidak menghormati antara satu sama lain,” katanya .


Source: SH Edisi Pahang

[featured-video-plus]