Tiga ditahan rosakkan bendera BN

in Edisi Selangor KL by


KUALA LUMPUR – Polis menahan tiga wanita kerana disyaki mencabut dan merosakkan bendera Barisan Nasional di Taman Tun Dr Ismail, semalam.


Penahanan mereka disahkan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim ketika ditemui Bernama di Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) dan Pameran Keselamatan Kebangsaan (NatSec) Asia 2018 di Pusat Perdagangan dan Pameran Antarabangsa Malaysia (MITEC), di sini, hari ini.


Beliau berkata, dua daripada suspek masing-masing berusia 31 tahun manakala seorang lagi berusia 37 tahun.


Mazlan berkata turut ditemui pada kesemua suspek adalah lima gunting dipercayai digunakan untuk perbuatan sedemikian.


“Kes berkenanan disiasat di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana khianat,” katanya. – Bernama


Source: SH Edisi Sel KL

[featured-video-plus]