Tiga penjuru: Harapan dapat manfaat

in Politik by


SHAH ALAM – Sekiranya pertembungan tiga penjuru menjadi kenyataan dalam PRU14, Pakatan Harapan (Harapan) akan mendapat mendapat kelebihan.


Naib Presiden Amanah, Datuk Mahfuz Omar berkata, ini kerana, undi mereka yang menolak BN dan Pas itu akan beralih kepada Harapan menerusi Bersatu atau Amanah.


“Sejak dari awal lagi saya mengharapkan tiga penjuru ini menjadi realiti dalam PRU14 kerana kita (Harapan) akan memperoleh undi daripada mereka yang menolak kedua-dua parti,” katanya kepada Sinar Harian.


Menurutnya, kebimbangan beliau adalah jika Umno dan Pas berkompromi untuk mewujudkan pertembungan dua penjuru dengan Harapan.


“Jika berlaku begitu, penyokong tegar kedua-dua parti dapat digabungkan dan mendatangkan masalah besar buat Harapan.


“Bila jadi tiga penjuru, kedua-dua penyokong tegar daripada parti ini akan berpecah, dengan Umno akan berusaha untuk mendapatkan undi dari Pas serta Pas pun begitu juga,” katanya.


Source: SH Politik

[featured-video-plus]