Tok Mat digelar Bapa Pembangunan

in Edisi by


SEREMBAN – Kepimpinan Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan sangat dipuji dan rata-rata berharap supaya beliau berjaya mengekalkan kerusi di Dun Rantau menjelang PRU14 ini.


Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Insan Penyayang Negeri Sembilan, Mohd Hidzir Othman berkata menteri besar dikenali sebagai Tok Mat itu merupakan seorang yang berkelayakan serta mempunyai kepimpinan tertinggi berbanding yang lain.


“Saya sangat menghormati kepimpinan Tok Mat, beliau bukan saja memimpin kerajaan negeri dengan baik, tetapi beliau juga tidak pernah mengetepikan hak golongan OKU seperti saya.


“Banyak bantuan yang diberikan kepada saya terutamanya bantuan kenderaan OKU untuk memudahkan pergerakan, dan bantuan kewangan kepada pertubuhan saya.


“Kalau pertubuhan saya tidak dapat bantuan daripada Tok Mat, sudah pasti banyak aktiviti serta program yang dilaksanakan tidak dijalankan,” katanya di sini, semalam.


Menurutnya, kepimpinan Tok Mat sangat dihormati sehingga menggelar Pengerusi Perhubungan Umno negeri itu sebagai ‘Bapa Pembangunan Negeri Sembilan’.


“Banyak pembangunan dan pembaharuan dilaksanakan antaranya pembinaan Hospital Rembau, projek Malaysia Vision Valley (MVV) di Sendayan dan pembangunan perindustrian di Nilai.


“Saya berharap rakyat terus memberi peluang sekali lagi kepada Tok Mat untuk mentadbir negeri ini bagi merealisasikan harapan dan pembangunan Negeri Sembilan menjelang 2045.


“Negeri Sembilan akan lebih maju dan bertambah daya saing di bawah kepimpinan Tok Mat,” katanya.

 


Source: SH Edisi

[featured-video-plus]