29 lelaki ditahan dalam kebun sawit

in Edisi by


TAIPING – Polis berjaya menahan 29 lelaki berusia antara 22 hingga 48 tahun dalam satu serbuan Operasi Sarang di kawasan kebun sawit,Kampung Air Puteh, Jalan Kampung Dew, Simpang, hari ini.


Operasi yang dilakukan bermula jam 5 pagi hingga 12.30 tengah hari itu turut membawa kepada rampasan dadah jenis heroin seberat 23.1 gram dan methaphetamine 2.3 gram.


Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Mohamad Taib berkata, operasi berkenaan dilakukan hasil risikan yang dilakukan anggota dan maklumat daripada orang awam.


Menurutnya, dengan tangkapan semua suspek, polis berjaya mematahkan aktiviti pengedaran dan penagihan dadah di kawasan berkenaan.


“Hasil rampasan dadah jenis heroin  dianggarkan bernilai RM690 manakala methaphetamine sebanyak RM270,” katanya.


Beliau berkata, operasi berkenaan telah melibatkan seorang anggota dan 26 anggota.


“Semua suspek kemudian dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Taiping untuk siasatan lanjut.


“Seorang suspek ditahan reman selama tujuh hari bagi membantu siasatan kerana bersabit kesalahan di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya.


Source: SH Edisi

[featured-video-plus]