Ajinomoto dedah manfaat umami

in Bisnes by


AJINOMOTO (Malaysia) Berhad (Ajinomoto) telah menyertai gerakan menjayakan kempen ‘Pinggan Sihat Malaysia’ yang dilancarkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sejak Disember 2016.


Kempen tersebut adalah projek pendidikan sekolah untuk tahun ini dengan tema yang digunakan, ‘Kehidupan Sihat Yang Lazat’.


Ajinomoto dalam kenyataan medianya memberitahu, usaha ini dilaksanakan dengan harapan untuk terus mempromosikan penggunaan umami yang dapat meningkatkan kelazatan makanan tetapi mengandungi jumlah sodium rendah sekali gus menggalakkan pengambilan sayur-sayuran lebih banyak bagi diet yang seimbang.


“Syarikat secara aktif optimis mendidik generasi muda Malaysia melalui projek pendidikan sekolah yang berlangsung selama dua bulan setengah bermula Februari hingga April tahun ini.


“Pada tahun ini, projek pendidikan sekolah yang berlangsung meriah, interaktif dan menyeronokkan ini telah diadakan di Pulau Pinang.


“Melalui projek ini, pelajar-pelajar berpeluang mempelajari konsep pinggan sihat, asal usul umami dan penemuannya sebagai rasa asas yang kelima selepas masam, manis, pahit dan masin serta sumbangannya untuk mengekalkan gaya hidup sihat,” katanya.


Selain daripada perkongsian maklumat, Ajinomoto berkata, demonstrasi memasak oleh pelajar sekolah yang terpilih juga turut diadakan pada setiap sesi pembelajaran.


“Perbincangan tentang kepentingan diet yang seimbang untuk menggalakkan pengambilan sayur-sayuran mencukupi dalam kalangan pemimpin muda turut diadakan.


“Selepas demonstrasi memasak dijalankan, murid-murid dikehendaki mengaplikasikan konsep pinggan sihat yang telah dipelajari dengan menunjukkan pembahagian makanan yang betul dalam pinggan disediakan,” katanya.


Selama bertahun-tahun, Ajinomoto telah mengambil langkah proaktif mempromosikan diet sihat dalam kalangan masyarakat melalui keseronokan menikmati kelazatan makanan kerana kesihatan yang baik bermula daripada makanan yang diambil.


Projek untuk pusingan ini telah berjaya mendidik sejumlah 14,000 pelajar melalui 70 acara.


Dengan mendapatkan panduan-panduan diet sihat, pelajar-pelajar ini turut dapat mengetahui rahsia di sebalik keupayaan tubuh.


“Justeru, dengan pemahaman sedemikian, objektif untuk mencapai berat badan seimbang dan gaya hidup sihat adalah tidak mustahil bagi semua masyarakat muda di Malaysia,” katanya.


Source: SH Bisnes

[featured-video-plus]