Bekas operator talian 911 dipenjara

in Global by


HOUSTON – AMERIKA SYARIKAT. Seorang bekas operator talian kecemasan 911 di Houston, yang sering meletakkan gagang telefon semasa orang ramai membuat panggilan untuk mendapatkan bantuan, telah dihukum penjara 10 hari dan diletak di bawah tempoh pengawasan selama 18 bulan, lapor agensi berita China Xinhua memetik kenyataan pihak berkuasa tempatan pada Rabu.


Menurut pihak berkuasa, Crenshanda Williams, 44, telah didapati bersalah kerana mengganggu panggilan kecemasan.


Wanita itu, yang bertugas sebagai operator 911 di Pusat Kecemasan Houston selama setahun setengah sehingga 2016, dilaporkan memiliki sejumlah besar “panggilan pendek” yang berlangsung kurang 20 saat.


Pihak pendakwaan berkata kesemua panggilan pendek itu, termasuk laporan berkaitan rompakan ganas dan kenderaan dipandu laju, adalah disebabkan oleh tindakan tertuduh yang sering meletakkan gagang telefon.


Williams dilaporkan telah memaklumkan penyiasat bahawa dia tidak berminat untuk bercakap dengan sesiapa ketika meletakkan gagang telefon itu. – Bernama


Source: SH Global

[featured-video-plus]