Calon Pas diingat pegang pada baiah

in Edisi Selangor KL by


SHAH ALAM – Pas Selangor mengingatkan calon-calon yang bakal bertanding agar sentiasa berpegang kepada baiah sebagai satu janji setia bersama perjuangan Pas.


Pesuruhjayanya, Sallehen Muhyi berkata, dalam tempoh berkempen nanti pelbagai ujian melalui tawaran mahupun ganjaran akan diberikan pihak lawan.


“Calon-calon harus mempertahankan diri dengan menepis segala tawaran berkenaan dengan berpegang kepada baiah yang sudah dilakukan mereka.


“Semasa tempoh berkempen juga, para calon diminta agar menjaga adab dan akhlak supaya sentiasa dihormati pihak lawan,” katanya ketika berucap pada majlis pengisytiharan calon PRU14 Selangor, di Perkim Village, Seksyen 8, di sini malam ini.


Pada majlis itu lebih 3,000 ahli dan penyokong Pas hadir menyaksikan dan memberi sokongan kepada calon-calon.


Pada masa sama, beliau turut mengingatkan calon-calon agar tidak berpaling tadah kepada parti lain demi mengejar kedudukan yang lebih selesa.


“Sebenarnya rakan-rakan kita yang sudah menyertai parti lain sebelum ini tidak mendapat kedudukan lebih baik, sebaliknya berhadapan perjalanan yang semakin sukar.


“Percayalah, dalam kita berhadapan cacian demi cacian dari pihak lawan, insya-ALLAH… ALLAH akan membalasnya dengan kemenangan,” katanya.


Source: SH Edisi Sel KL

[featured-video-plus]