Gunung berapi Kirishima meletus

in Global by


TOKYO – JEPUN. Gunung Kirishima, yang terletak di barat daya pulau utama Jepun iaitu Kyushu, meletus pada Khamis, lapor agensi berita China Xinhua memetik kenyataan Agensi Meteorologi Jepun (JMA).


Menurut maklumat awal agensi cuaca itu, letusan volkano setinggi 1,700 meter berlaku pada pukul 3.43 petang waktu tempatan, berhampiran Gunung Io.


Gunung Kirishima adalah antara sejumlah volkano yang berada di rantau dataran tinggi Ebino, yang terletak di antara wilayah Kagoshima dan Miyazaki.


JMA telah mengeluarkan amaran tahap tiga kepada orang ramai agar mereka tidak mendekati volkano itu dan kemungkinan berlaku pengaliran piroklastik. – Bernama


Source: SH Global

[featured-video-plus]