Hanya rumusan terbaik

in Bisnes by


CAMBERT (M) Sdn Bhd, pengedar utama, The Prime ProGiGuard menyasarkan jualan produk rumusan probiotik berasaskan yis itu mampu dipertingkatkan sehingga 30 peratus pada akhir tahun ini.


Pengurus Produk, Teo Tze Seng berkata, The Prime ProGiGuard, produk rumusan probiotik berasaskan yis ini telah pun berada di pasaran sejak dua tahun lalu.


“Tahun lalu sahaja, berlaku peningkatan jualan sehingga 50 peratus berbanding tahun sebelumnya.


“Jadi, kita amat optimis daripada peningkatan jualan tersebut, kita mampu memacu pertumbuhan jualan pada tahun ini dengan menyasarkan peningkatan sehingga 30 peratus,” katanya pada pelancaran The Prime ProGiGuard di Bistro A Table, Seksyen 17 Petaling Jaya.


Beliau berkata, probiotik yis ini telah terbukti secara saintifik dapat melegakan kesakitan dan ketidakselesaan perut.


Katanya, salah satu cara untuk memerangi ‘Sindrom Irritable Bowel’ adalah dengan mengamalkan probiotik, produk yang sedia ada di pasaran.


“Dan disinilah The Prime ProGiGuard dapat membantu kerana ia merupakan satu-satunya probiotik yis yang terdapat di pasaran di mana dapat menyingkirkan bakteria buruk dan yis yang tidak baik.


“Ia dapat melegakan gejala gastrointestinal dan sesuai untuk sesiapa yang menderita gangguan pencernaan, keracunan makanan, alergi makanan, sembelit, makan berlebihan, kemurungan mahupun senggugut.


“Kajian turut menunjukkan bahawa penghidap kesakitan dan ketidakselesaan gastrousus akan berkurangan secara ketara dari minggu pertama penggunaan dan paling jelas dalam tempoh dua minggu pertama, ”katanya.


Beliau berkata, baru-baru ini, The Prime ProGiGuard telah berkongsi keputusan hasil saintifik dan klinikal yang menyokong penggunaan Saccharomyces Cerevisiae CNCM I-3856 dalam bantuan simptom perut seperti rasa sakit dan ketidakselesaan umum.


Source: SH Bisnes

[featured-video-plus]