Jalan kaki dari Sweden ke Palestin

in Global by


ANKARA – TURKI. Seorang aktivis kemanusiaan warga Sweden yang memulakan kembara jalan kaki dari negaranya ke Palestin berjaya sampai ke wilayah Duzce di Turki pada Ahad lalu.


Benjamin Ladraa berjalan kaki hampir lapan bulan merentasi Jerman, Austria, Slovenia, Croatia, Serbia dan Bulgaria untuk sampai ke Istanbul.


“Sekiranya saya tidak dapat masuk ke Palestin, saya akan cuba memaklumkan kepada media mengenai perkara itu,”  katanya.


Tersentuh dengan pengalaman selama tiga minggu di bumi Palestin sebelum ini, Ladraa bertekad memulakan kembara demi meningkatkan kesedaran terhadap pelanggaran hak asasi manusia yang berlaku di sana.


“Saya terkejut dengan apa yang saya lihat di sana. Tentera berjalan di tempat awam sambil membawa senjata api M-16.


“Isu Palestin tidak melibatkan agama. Masalah utamanya adalah pelanggaran hak asasi manusia.


“Bukan sahaja penduduk Gaza, tetapi semua rakyat Palestin berada dalam tekanan dan mereka semua menderita.


“Itulah sebabnya mengapa saya melakukan kembara ini…saya mahu menangkap perhatian dunia supaya tahu kesengsaraan rakyat Palestin,” katanya.


Pemuda itu turut berkongsi gambar sepanjang perjalanannya di akaun Facebook dan Instagram dengan hashtag #WalkToPalestine.


Kembara diteruskan ke Ankara sebelum melalui Syria dan Lubnan untuk sampai ke Palestin sekitar bulan Jun atau Julai. – Andalou


Source: SH Global

[featured-video-plus]