Manifesto Pas bukan tawaran tiba-tiba

in Politik by


SHAH ALAM – Manifesto Pas bukanlah tawaran secara tiba-tiba, sebaliknya ia adalah rentetan perjuangan parti.


Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan Pas, Dr Zuhdi Marzuki berkata, ini kerana pembentukan manifesto ada kaitan dengan ideologi parti itu.


“Manifesto Pas adalah satu terjemahan kerangka ideologi yang Pas perjuangkan.


“Sesuatu ideologi yang kita perjuangkan kita terjemahkan dalam manifesto dengan garap sumber-sumber Islam sebagai bentuk penyelesaian masalah dihadapi rakyat dan negara,” katanya dalam Wacana Sinar Harian ke-54 berjudul ‘Manifesto Penentu Sokongan Pengundi?’ hari ini, bertempat di Dewan Karangkraf, Kompleks Kumpulan Media Karangkraf, di sini.


Wacana ini turut menampilkan Ahli Parlimen Sungai Besar, Budiman Mohd Zuhdi dan Ketua Pemuda Pakatan Harapan, Nik Nazmi Nik Ahmad.


Manakala, Pensyarah Kanan Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media UiTM, Prof Mayda Datuk Dr Ismail Sualman bertindak sebagai moderator.


Source: SH Politik

[featured-video-plus]