Perubahan pasukan kepimpinan kanan

in Bisnes by


KHAZANAH Nasional Bhd mengumumkan pelantikan baharu dan perubahan dalam pasukan kepimpinan kanannya.


Dalam satu kenyataan, Khazanah berkata, Amran Hafiz Affifudin daripada memegang jawatan Pengarah Pelaburan dinaikkan pangkat kepada Pengarah Eksekutif, Pelaburan, manakala Bryan Lim, Pengarah Pelaburan dilantik sebagai Pengarah Eksekutif Pelaburan.


Kedua-dua pelantikan itu berkuat kuasa 1 April lalu, katanya.


“Bryan Lim akan meneruskan peranan sedia ada sebagai Ketua Pejabat Serantau Khazanah di Beijing. Seperti yang diumumkan sebelum ini, beliau juga mengetuai liputan keseluruhan Khazanah di Asia Utara, menggantikan Datuk Ben Chan, Pengarah Eksekutif, Pelaburan yang meninggalkan Khazanah pada akhir April ini, katanya.


Khazanah berkata, Datuk Charon Mokhzani, Pengarah Eksekutif, Pejabat Pengarah Urusan dan Pengarah Urusan Khazanah Research Institute (KRI), akan meninggalkan Khazanah dan institut berkenaan pada pertengahan Mei 2018, selepas berkhidmat hampir lima tahun.


Source: SH Bisnes

[featured-video-plus]