PKR perlu 200 pacaba

in Edisi by


JERANTUT – Sekitar 200 sukarelawan pemeriksa kertas undi (Pacaba) diperlukan bagi membantu PKR menjaga peti undi PRU14 kali ini.


Penyelaras PKR Dun Damak, Wong Chun Yuan berkata, mereka yang berminat boleh memaklumkan kepadanya untuk mendaftar.


“Kita memerlukan sekitar 200 pacaba bagi menjaga peti undi untuk Dun Damak dan mereka yang berminat boleh menghubungi saya di talian 010-9020925,” katanya di sini, semalam.


Beliau dalam masa sama memberitahu, sebanyak tiga bilik gerakan utama telah dibuka bagi Dun Damak.


“Tiga bilik gerakan utama itu terdapat di Pekan Damak, Bandar Jerantut, dan Kampung Simpang Tebing Tinggi.


“Kesemuanya telah dibuka dan gerak kerja kini telah giat dilakukan,” katanya.


Source: SH Edisi

[featured-video-plus]