Projek RTS Link berjalan lancar

in Bisnes by


SINGAPURA – Pembangunan Sistem Transit Rapid Link (RTS Link), projek rentas sempadan utama menghubungkan Singapura dan Malaysia kini berjalan lancar, kata Menteri Pengangkutan republik itu, Khaw Boon Wan.


Projek itu menghubungkan Woodlands North di Singapura ke Bukit Chagar, Johor.


Beliau berada di kedua-dua lokasi terbabit pada Selasa bagi meninjau perkembangan projek berkenaan.


“Kita amat teruja dengan perkembangan RTS Link yang menghubungkan Stesen Woodlands North ke Bukit Chagar Station di Johor Bahru,” katanya menerusi catatan terbaharu di laman Facebook beliau.


Boon Wan juga sempat berkongsi video berdurasi 40 saat yang memaparkan tapak kerja RTS berserta 11 gambar lain, dalam catatan itu.


Beliau disertai kumpulan mewakili Kementerian Pengangkutan Malaysia, Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar, Prasarana Malaysia, Keretapi Tanah Melayu Berhad dan Bahagian Perancang Ekonomi Negeri Johor selain Pihak Berkuasa Pengangkutan Darat Singapura dan SMRT Corp. -Bernama




 


Source: SH Bisnes

[featured-video-plus]