Rossi 'takut' pada pelumba Moto2?

in Sukan by


VALENTINO Rossi mengakui beliau telah melihat peningkatan ketara dari segi tahap agresif dalam perlumbaan MotoGP saban tahun.


Ujarnya, perkara itu sedikit sebanyak bertitik tolak daripada kebangkitan ramai pelumba muda dari saingan Moto2 yang dipromosikan beraksi dalam saingan utama, MotoGP.


“Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, tahap agresif ketika perlumbaan telah meningkat dengan begitu ketara.


“Terutamanya daripada pelumba muda yang datang dari saingan Moto2 sebelum ini. Kebanyakan daripada mereka begitu agresif! Jadi anda perlu menjadi lebih agresif daripada mereka.


“Memang perlumbaan ini semakin bahaya sekarang, tapi itulah yang perlu dihadapi. Jika anda tidak mahu mengharungi perkara ini, lebih baik anda duduk sahaja di rumah,” katanya.


Pelumba yang digelar The Doctor itu berkata demikian kerana masih bengang dengan tragedi beliau dilanggar Marc Marquez sewaktu perlumbaan di GP Argentina baru-baru ini.


Menjelang perlumbaan ketiga di Austin minggu ini, Rossi menyifatkan beliau sudah cukup yakin dan bersedia untuk kembali menggegar litar itu.


Perlumbaan GP Austin 2018 akan berlangsung pada 23 April ini bertempat di ‘Circuit of The Americas’ yang direka sepanjang 5.513km.


Source: SH Sukan

[featured-video-plus]