Tiga khabar gembira diumum PM 

in Edisi by


PONTIAN – Tiga khabar gembira diumum Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kepada rakyat di Parlimen Tanjung Piai, petang tadi. 


Pertama, pemberian peruntukan sebanyak RM3 juta bagi nelayan dan penternak memandangkan Kukup antara pengeluar hasil laut seperti ikan ternakan utama di negeri ini. 


Kedua, peruntukan RM3 juta bagi pembangunan Pekan Kukup yang kini menjadi lokasi pelancongan memandangkan terdapat banyak chalet dan rumah atas air. Ketiga, kerja-kerja naik taraf dan membesarkan Hospital Pontian dalam tempoh lima tahun akan datang bagi meningkatkan kemudahan kesihatan penduduk di Pontian. 


Dalam ucapannya, Najib berkata, sememangnya terdapat keperluan menaik taraf Hospital Pontian memandangkan terdapat banyak kes terpaksa dirujuk ke hospital di Johor Bahru. 


Selain itu, beliau juga mahu BN Bahagian Tanjung Piai mencatat kemenangan 3-0 di Parlimen Tanjung Piai pada PRU-14.


Tegasnya, kemenangan ini penting bagi membantu hasrat kerajaan negeri untuk menjadikan Johor sebagai kuasa ekonomi baharu menyaingi Singapura.  “Kemenangan ini penting untuk memastikan perancangan di Parlimen Tanjung Piai dapat diteruskan. Jadi kita bukan sahaja perlu kekal di Parlimen Tanjung Piai dan Dun Kukup, tetapi juga merampas kerusi Dun Pekan Nanas. 


“Kemenangan BN di Johor sangat bagi membantu hasrat kerajaan negeri menjadikan Johor sebagai kuasa ekonomi baharu, Harimau Selatan dalam usaha mengejar singa tua,” katanya. 


Hadir sama, Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, Ketua Umno Bahagian Tanjung Piai, Datuk Md Othman Yusof dan Setiausaha Kerajaan negeri, Datuk Azmi Rohani dan Ahli Parlimen Tanjung Piai, Datuk Seri Wee Jeck Seng.   

 


Source: SH Edisi

[featured-video-plus]