Biar betul!

in Bisnes by


BERIKUTAN peningkatan permintaan untuk perkhidmatan penerbangan pada musim Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), Airsia akan menambah penerbangan bagi laluan domestik terpilih.


Dalam kenyataannya, syarikat penerbangan itu berkata, AirAsia akan menjalankan 120 penerbangan tambahan, termasuk 20 penerbangan yang menggunakan pesawat Airbus A330 dengan 337 tempat duduk.


“Tempoh perjalanan asal dari 8 hingga 10 Mei bagi tambang tetap kami, juga dilanjutkan untuk meliputi 7 hingga 10 Mei, 2018,” katanya.


Syarikat itu juga akan mengekalkan kadar tambah tetapnya seperti yang diumumkan sebelum ini.


AirAsia adalah antara syarikat penerbangan paling awal menawarkan promosi penerbangan sempena hari pengundian PRU14, pada 9 Mei, yang diumumkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya.


Tambang sehala untuk tempoh itu ditetapkan pada RM99 bagi laluan di Semenanjung Malaysia, RM129 bagi laluan antara Semenanjung Malaysia dan Sarawak dan RM199 bagi laluan antara Semenanjung Malaysia dan Sabah.


Bagaimanapun tambang ini hanya untuk tempahan baharu sahaja dan tertakluk kepada ketersediaan tempat duduk.


Source: SH Bisnes

[featured-video-plus]