Dasar ekonomi Malaysia meyakinkan

in Bisnes by


Para pelabur dari China terus melahirkan keyakinan ke atas dasar-dasar ekonomi Malaysia yang berhemat dan melihat negara ini sebagai destinasi pelaburan terbaik, kata Setiausaha Kedua Kedutaan China, Dr Fang Tao.


Katanya, walaupun para pelabur China telah membuat beberapa langkah berhati-hati tetapi pelaburan masuk China ke negara ini tidak terjejas.


“Banyak syarikat, sama ada dari Malaysia dan China telah meminta cadangan pelaburan khususnya mengenai sektor-sektor yang sesuai untuk dilabur dan sebagainya. Perundingan-perundingan ini masih terus berjalan,” katanya kepada pemberita semasa Persidangan Persekutuan Rangkaian Pembekal Pengeluar Malaysia 2018 di Kuala Lumpur.


Turut hadir Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Isham Ishak. -Bernama


Source: SH Bisnes

[featured-video-plus]