'Fitnah untuk jatuhkan imej saya'

in Nasional by


KUALA LUMPUR – Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB), Datuk Azhar Ahmad menafikan tuduhan terhadapnya seperti tersebar dalam satu e-mel.


Menurut beliau, e-mel layang yang dihantar oleh seorang individu itu memfitnahnya tidak menjalankan tugas dengan amanah dan tidak membantu orang Melayu menjalankan perniagaan.


Beliau turut mendakwa, e-mel tersebut dihantar kepada barisan kepimpinan negara, pegawai-pegawai kerajaan, Bank Negara Malaysia, pengarah-pengarah PUNB dan beberapa kakitangan PUNB.


“E-mel itu turut mengandungi fitnah yang menyebut saya sebagai ketua pegawai yang melambatkan permohonan pembiayaan usahawan sehingga menyebabkan usahawan gulung tikar disebabkan tiada bantuan pembiayaan.


Penghantar e-mel juga memfitnah saya membuat keputusan dengan sewenangnya serta tidak kompeten.


“Individu ini juga menyarankan kerajaan menghentikan penyalurkan pembiayaan menerusi PUNB, selain turut menggesa syarikat menggantikan tempat saya dengan individu lain. Di sini saya ingin menegaskan tidak ada satu pun fitnah dilemparkan ke atas diri saya di dalam e-mel tersebut adalah benar mahupun berasas,” katanya dalam kenyataan, hari ini.


Azhar tidak menolak kemungkinan tindakan itu dibuat untuk menjatuhkan kredibilitinya sebagai Ketua Pegawai Eksekutif PUNB dan menjatuhkan imej syarikat secara amnya.


“Selama ini, saya telah menjalankan tanggungjawab tugas dan tanggungjawab dengan telus, amanah serta berprestasi baik. Saya memandang serius tindakan ini dan tidak akan teragak-agak mengambil tindakan undang-undang,” katanya.


Katanya, satu laporan polis juga telah dibuat berhubung perkara itu.


Source: SH Nasional

[featured-video-plus]