Kuantan FA hanya tinggal nama?

in Sukan by


PASUKAN Liga Premier, Kuantan FA, dijangka bakal digugurkan daripada saingan Liga Malaysia (Liga-M) ekoran krisis tunggakan gaji yang semakin meruncing.


Menurut sumber Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) keputusan tersebut belum dimuktamadkan sepenuhnya, namun ianya dijangka akan diumumkan hari ini.


“Kami belum dapat beri kata putus memandangkan Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan Setiusaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) masih berada di Sepanyol.


“Tapi dijangka keputusan itu akan dibuat hari ini memandangkan akan ada perlawanan pada 24hb nanti,” kata sumber itu.


Terdahulu, Kuantan FA mencatat sejarah dalam saingan Liga M apabila tidak hadir dalam perlawanan bertemu PDRM di Stadium Shah Alam.


Tragedi yang julung kali berlaku itu ekoran protes yang dibuat pemain dan pegawai perlawanan yang tidak membayar gaji sejak tiga bulan lalu.


Sehingga ke hari ini, pihak pengurusan kelab belum memberikan sebarang kenyataan kepada umum.




 


Source: SH Sukan

[featured-video-plus]