Pesalah paling tua AS jalani hukuman mati

in Global by


ALABAMA – AMERIKA SYARIKAT. Seorang banduan berusia 83 tahun yang didapati bersalah atas jenayah letupan bom pada tahun 1989 diberi suntikan maut semalam.


Hukuman tersebut menjadikannya pesalah paling tua dihukum mati di Amerika Syarikat (AS).


Walter Moody yang diberi suntikan maut di Pusat Pemulihan William C Holman di Atmore memecah rekod John Nixon yang menjalani hukuman mati ketika berusia 77 tahun di Mississippi pada Disember 2005.


Moody disabitkan bersalah melakukan letupan bom pada tahun 1989 yang membunuh Hakim Mahkamah Sirkit AS, Robert Vance, 58 dan satu lagi letupan berasingan yang meragut nyawa peguam hak asasi awam Georgia, Robert Robinson.


Menurut pendakwa, Moody menghantar bom kepada hakim berkenaan kerana berang dengan keputusan mangsa mensabitkan dia dengan letupan bom pada tahun 1972 manakala bom kedua dihantar kepada peguam terbabit untuk mengelirukan penyiasat.


Ia adalah hukuman mati kelapan yang dilaksanakan di AS tahun ini. – Reuters


Source: SH Global

[featured-video-plus]