Risda agih RM38.44 juta dividen di Pahang

in Edisi by


BERA – Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Risda) memperuntukkan sebanyak RM38.44 juta dividen Tanam Semula Komersial (TSK) diagihkan kepada 6,493 peserta di seluruh negeri Pahang.


Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW), Datuk Seri Ismajl Sabri Yaakob berkata, terdapat 452 TSK di seluruh negara membabitkan 28,000 peserta dengan tanah seluas 38,000 hektar.


Menurutnya, bagi negeri Pahang, Risda Plantation Sdn Bhd (RPSB) bertanggungjawab menguruskan 139 projek TSK dengan pecahan 125 ladang sawit dan 14 ladang getah.


“Program TSK ini yang dilaksanakan sejak tahun 1996 merupakan usaha progresif dalam membantu masyarakat luar bandar termasuklah masyarakat Orang Asli.


“Melalui program ini juga, peserta akan menerima pendapatan bulanan berdasarkan hasil getah dan sawit yang diusahakan Risda,” katanya.


Beliau berkata demikian pada Majlis Penyanpaian Dividen TSK dan Program Moh Ngeteh, di Kampung Bongkok, hari ini.


Pada program itu, setiap peserta menerima sebanyak RM700 yang diberika setiap bulan, dengan RM300 diberikan secara tunai, manakala RM400 dikreditkan ke akaun penerima,” katanya.


Source: SH Edisi

[featured-video-plus]