Belia Wangsa Maju mahu calon dari Umno

in Edisi Selangor KL by


KUALA LUMPUR – Gabungan kelab belia Wangsa Maju sepakat tidak akan memberi sokongan kepada calon BN dari MCA sekiranya calon dari Umno tidak mewakili kerusi di Parlimen itu.


Wakil gabungan kelab berkenaan, Muhammad Faizal Mohd Umar, berkata, lima gabungan kelab-kelab belia Wangsa Maju terdiri daripada lebih kurang 1,500 ahli.


Menurutnya, mereka menyokong penuh pencalonan Ketua Umno Bahagian Wangsa Maju, Datuk Seri Dr. Shafei Abdullah sebagai calon kerusi di situ namun kecewa apabila mendapat maklum ianya diberikan kepada MCA.


“Jika benar, kami kecewa kerana Pengerusi Perhubungan BN Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mungkir janji untuk beri kerusi Wangsa Maju kekal kepada calon Melayu.


“Dr. Shafei calon paling layak untuk kerusi di sini, kerana beliau berdedikasi dan mudah didekati serta sentiasa menyokong aktiviti belia dalam kawasan walaupun kalah pada PRU lepas,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.


Esok, pengumuman calon BN bagi Wilayah Persekutuan dijadualkan berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) sempena pelancaran Manifesto BN Wilayah Persekutuan.


Sementara itu, Timbalan Presiden Kelab Belia Persaudaraan Bandar Setapak, Mohd Abdul Malek, berkata, sokongan yang dizahirkan belia Wangsa Maju adalah inisiatif mereka sendiri tanpa desakan sesiapa.


Ujarnya, ia sekali gus menolak kononnya mereka dibayar untuk tujuan itu.


“Kami tampil nyatakan sokongan dengan ikhlas tanpa paksaan sesiapa,” katanya.


Source: SH Edisi Sel KL

[featured-video-plus]