Calon lepasi semua saringan

in Uncategorized by


IPOH – BN Perak beri jaminan semua calon yang bakal dikemukakan nanti bebas daripada sebarang isu integriti dan jenayah.


Pengerusi BN negeri, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, kesemua calon yang disenaraikan telah melepasi saringan status muflis, tidak memiliki rekod jenayah dan bebas daripada sebarang tindakan mahkamah.


“Kita sangat teliti dalam soal kelayakan dan pemilihan calon, saya perlu ucapkan terima kasih kepada pucuk pimpinan kerana memberi kata putus terhadap semua calon kita.


“Segalanya telah siap dan kita hanya tunggu pengesahan terakhir daripada Pengerusi (Datuk Seri Najib Tun Razak) untuk diumumkan secepat mungkin,” katanya.


Antara parti yang telah mengumumkan calon bertanding di Perak adalah Pas, DAP dan Amanah sementara PKR dijadualkan umum pada Khamis depan.


BN pula dijangka akan mengumkan barisan calon mereka selewatnya Selasa ini.


Zambry berkata, semua parti kompenan telahpun mencapai persepakatan yang baik dalam peletakan calon di satu-satu kerusi tanpa dipengaruhi parti lain.


“Kita tidak mahu menafikan ahli kompenan yang lain walaupun ada setengah pihak buat tangkapan kerusi itu ditandingi orang ini dan orang itu, sesiapapun yang bertanding nanti, mereka merupakan calon BN,” katanya mengulas tindakan pembangkang meletakkan calon Melayu di Dun Tebing Tinggi yang sebelum ini ditandingi calon bukan Melayu.


Source: SH Edisi Perak

[featured-video-plus]