Empat lagi maut ditembak Israel

in Global by


GENTING GAZA – PALESTIN. Tentera rejim Zionis, semalam menembak mati empat penduduk Palestin di sempadan Gaza-Israel, sekali gus menjadi jumlah kematian dalam keganasan terbaharu di wilayah itu kini mencecah 35 orang.


Pegawai kesihatan Palestin memaklumkan mangsa korban termasuk remaja lelaki berusia 15 tahun yang maut ditembak di utara Gaza.


“Seramai 156 yang lain turut cedera,” ujarnya.


Terdahulu, Israel menggugurkan risalah di Genting Gaza memberi amaran kepada penduduk Palestin supaya tidak menghampiri pagar sempadan di mana rejim Zionis menempatkan pasukan khas, penembak tepat dan kenderaan perisai.


Amaran itu dikeluarkan selepas penganjur protes memaklumkan ia telah memindahkan khemah pada jarak 50 meter dari pagar sempadan terbabit bertujuan menyampaikan mesej kepada dunia bahawa mereka akan terus bergerak ke hadapan untuk mencapai matlamat bagi membawa pulang pelarian Palestin ke wilayah tersebut. – Agensi


Source: SH Global

[featured-video-plus]