Kantoi berasmara dalam kereta

in Global by


TAIPEI – TAIWAN. Sepasang kekasih sedang berahi ‘ditangkap’ sedang melakukan hubungan intim di dalam sebuah kereta yang sedang dipandu di laluan sibuk di Taiwan.


Rakaman memalukan itu diambil oleh pengguna lalu lintas di Freeway 1 berhampiran Hukou di barat laut Taiwan.


Saksi yang enggan dikenali itu turut memuat naik klip video itu dan telah dikongsi lebih 1,300 kali dalam tempoh tiga jam.


Rakaman video itu menunjukkan seorang wanita yang memakai kemeja T berwarna putih duduk menghadap pemandu kereta Ford Focus tersebut.


Wajah pemandu kenderaan itu bagaimanapun tidak dapat dilihat menerusi rakaman tersebut.


Kereta terbabit dipercayai dipandu pada kelajuan 60 kilometer sejam, had minimum ditetapkan undang-undang lalu lintas.


Difahamkan, pasangan itu juga tidak menyedari ‘aksi’ mereka dirakam. – The Sun


Source: SH Global

[featured-video-plus]