Ketua polis balai ditahan SPRM

in Uncategorized by


IPOH – Seorang pegawai polis dan empat anggota ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana meminta suapan berjumlah RM3,000, direman lima hari bermula hari ini.


Perintah tahanan reman itu dikeluarkan oleh Majistret Kasyfurrahman Abang Ahmad selepas permohonan dibuat oleh Pegawai SPRM, R Kumuthambal di Mahkamah Majistret Ipoh.


Kelima-lima suspek tiba dipekarangan mahkamah kira-kira jam 10.30 pagi dengan berpakaian lokap SPRM sebelum keluar menaiki tiga kereta selepas menerima perintah reman itu.


Suspek merupakan ketua polis balai dan anak buah yang berusia lingkungan 26 hingga 39 tahun dipercayai menerima rasuah sebagai balasan untuk tidak mengambil tindakan atas kesalahan dadah.


Perintah tahanan reman itu diperolehi bagi membantu siasatan dijalankan mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009 yang memperuntukkan hukuman denda lima kali nilai rasuah atau RM10,000 dan penjara 20 tahun, jika sabit kesalahan.


Source: SH Edisi Perak

[featured-video-plus]