Mersing boleh lebih maju

in Edisi Johor by


MERSING – Daerah ini boleh mencapai tahap kemajuan lebih tinggi daripada apa dikecapi sekarang.


Calon Pakatan Harapan (Harapan) Parlimen Mersing, Ir Md Nasir Hashim berkata, pelbagai pembangunan bermain di kepalanya saat melihat daerah ini minggu lalu.


“Saya akan bangkitkan soal pembangunan (semasa kempen) kerana saya lihat Mersing ini boleh lebih maju daripada sekarang.


“Saya sudah dapat lihat apa saja pembangunan perlu dibawa ke sini demi kesejahteraan orang-orang Mersing,” katanya ketika ditemui pada majlis jamuan ulang tahun ke-8 DAP Tenggaroh, Mersing,


Md Nasir, 60, yang bertugas sebagai jurutera perunding di Johor Bahru menolak untuk menggunakan kes Adun Endau, Datuk Abd Latif Bandi sebagai bahan kempen.


“Saya rasa orang ramai dah tahu cerita membabitkan Dun Endau, jadi saya fikir tak perlu saya bermodalkan kes itu untuk menangi hati rakyat.


“Bahan kempen saya lebih kepada masa depan dan kesejahteraan rakyat. Menghentam orang lain bukan cara saya,” katanya.


Dalam pada itu, Md Nasir yang merupakan anak kelahiran Muar itu tidak bimbang meskipun bakal berlaku pertembungan tiga penjuru pada PRU14 nanti.


“Mungkin saya perlu melawan BN dan Pas. Saya tak takut untuk menghadapi mereka.


“Saya yakin orang-orang Mersing akan sokong saya kerana mereka mahukan perubahan,” katanya.


Md Nasir bakal bertanding melawan penyandang daripada BN, Datuk Dr Abd Latiff Ahmad dan calon Pas, A Rahman A Hamid.


Abd Latiff diumumkan mempertahankan kerusi itu oleh Pengerusi BN Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin ketika merasmikan Majlis Pelancaran Inisiatif Pembangunan Daerah Mersing di Tanjung Penyabong, Rabu lalu.


Source: SH Edisi Johor

[featured-video-plus]