Tampil lapan muka baharu

in Politik by


GEORGETOWN – DAP menampilkan lapan muka baharu untuk PRU14.


Mereka merupakan M Satees (N09 Bagan Dalam); Heng Lee Lee (N13 Berapit); H’ng Mooi Lye (N19 Jawi); Lee Chun Kit (N25 Pulau Tikus); Gooi Zi Sen (N27 Pengkalan Kota); Ong Ah Teong (N31 Batu Lanchang), Syerleena Rashid (N32 Seri Delima), Joseph Ng Soon Siang (N33 Air Itam).


Daripada lapan muka baharu itu, enam daripada mereka merupakan Ahli Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) dan Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) iaitu Satees; Chun Kit; Ah Teong; Syerleena, Soon Siang dan Mooi Lye.


Sementara itu, Lee Lee adalah pembantu khas kepada Ketua Menteri Pulau Pinang sejak 2011 manakala Zi Sen adalah pembantu khas kepada Exco Perumahan.


Pengumuman itu dibuat Pengerusi DAP Pulau Pinang, Chow Kon Yeow di hadapan kira-kira 200 penyokong parti itu serta barisan pemimpin DAP negeri dan pusat.


DAP menampilkan 26 calon melibatkan 21 calon lelaki dan lima calon wanita dengan dua Exco digugurkan.


Exco Kerja, Lim Hock Seng yang juga Adun Bagan Jermal diganti Adun Jawi, Soon Lip Chee manakala tempat Exco Pelancongan yang juga Adun Batu Lanchang, Law Heng Kiang diganti Ahli Majlis, Ong Ah Teong.


Sementara itu, dua kerusi Parlimen juga bertukar yang mana Ahli Parlimen Jelutong, Jeff Ooi Chuan Aun digugurkan dan diganti dengan Adun Seri Delima, RSN Rayer manakala Parlimen Tanjong diwakili Kon Yeow, bagi menggantikan Ng Wei Aik.


Bagi kerusi Dun pula, dua Adun digugurkan iaitu Adun Pengkalan Kota, Lau Keng Ee yang digantikan dengan Zi Sen dan Adun Bagan Dalam, A Thanasekharan diganti dengan Satees.


Adun Air Itam, Wong Hon Wai pula menggantikan tempat Zairil Khir Johari yang mana, Zairil diletakkan di kerusi Dun Tanjung Bungah bagi menggantikan bekas ahli DAP, Teh Yee Cheu yang kini merupakan ahli Parti Sosialis Malaysia (PSM).


Manakala Kon Yeow, kekal dengan kerusi Dun lamanya iaitu Padang Kota namun beliau juga bertanding untuk kerusi Parlimen Tanjong.


Selain Kon Yeow, 12 Adun mengekalkan kerusi mereka termasuk Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang bertanding di dua kerusi, Parlimen Bagan dan Dun Air Putih.


Selain Guan Eng, Phee Boon Poh (Dun Sungai Puyu); Sim Chee Keong (Parlimen Bukit Mertajam); Chong Eng (Dun Padang Lalang); P Kasthuriraani (Parlimen Batu Kawan); P Ramasamy (Dun Perai), Teh Lai Heng (Dun Komtar), Jagdeep Singh Deo (Dun Datuk Keramat); Lim Siew Khim (Dun Sungai Pinang), Ramkarpal Singh (Parlimen Bukit Gelugor) dan Yeoh Soon Hin (Dun Paya Terubong).


Bercakap kepada media semalam, Kon Yeow berkata, tujuan pertukaran dan kemasukan muka baharu ke dalam senarai calon parti itu adalah untuk memperkuatkan lagi gerak kerja di Pulau Pinang.


“Pertukaran calon dan kemasukan muka baharu adalah perkara biasa,” katanya.


Source: SH Politik

[featured-video-plus]