Tawau FA selesa merendah diri

in Sukan by


MESKIPUN sudah sebelah kaki untuk melangkah ke final Liga Bola Sepak Rakyat 2017/18 Tawau FA lebih gemar mengambil merendah diri.


Ini kerana, Tawau sentiasa menghormati lawan kerana terdapat pasukan yang sudah lama dibentuk, malahan mempunyai kekuatan yang baik.


Ketua jurulatihnya, Adzrien Harun memberitahu


sepanjang laluan mereka daripada peringkat kumpulan sehinggalah aksi separuh akhir kedua, Tawau tidak pernah mendabik dada atas kejayaan ini.


“Tawau FA hanyalah pasukan dari sebuah daerah kecil yang jauh dari pembangunan.


“Kami akan bermain seperti biasa. ‘Tawau Style’ itulah yang akan kami persembahkan.


“Formasi kami mengikut kesesuaian lawan dan akan bertukar-tukar,” katanya ketika  dihubungi unit media LBR.


Adzrien menambah, perlawanan berdepan Bandar Baharu malam ini memang dijangka sengit.


“Walaupun ada kelebihan satu gol,kita akan tetap positif dengan pasukan lawan.


“Harapan saya sebagai ketua juruhlatih adalah kemenangan. Insya-ALLAH jika dizinkan ALLAH.. sekiranya sebaliknya, kami reda” ujarnya lagi.


Beliau juga menggesa peminat daerah Tawau datang beramai-ramai bagi memeriahkan lagi sukan bola sepak daerah Tawau.


“Pencapaian kami adalah pencapaian penyokong juga, tanpa mereka,kami tidak akan sampai ke sini.


“Terima kasih kepada Datuk Nizam ABT, yang banyak membantu dari awal penyertaan kami, pengurus pasukan, Datuk Seri Panglima Haji Abdul Ghapur Salleh  dan jurulatih yang terlibat dan pemain yang bertungkus lumus serta peminat yang setia di mana kami berada,” katanya.


Source: SH Sukan

[featured-video-plus]