Tentera Darat sedia gempur Rantau Panjang

in Sukan by


“KAMI telah melakukan persediaan dengan sebaiknya untuk menghadapi pasukan Rantau Panjang¬† dalam perlawanan separuh akhir kedua Liga Bola Sepak Rakyat pada petang ini.”


Itu laungan semangat dilontarkan Ketua Jurulatih Tentera Darat FA, Razewan Ah Chin kepada anak didiknya.


Tentera Darat kini sedang mencari kemenangan untuk ke pentas akhir kerana kedudukan aggregat terikat 3-3.


“Saya tahu ini merupakan perlawanan yang sukar namun kami akan sedaya upaya memenangi perlawanan tersebut dan saya amat yakin dengan semua para pemain saya.


“Buat masa ini saya amat gembira dengan prestasi dan sikap yang dipamerkan pemain saya selepas memperoleh 3-3 ke atas Rantau Panjang ketika kami Ketinggalan 3-0 baru-baru ini,” katanya.


Pada masa sama, dia juga sentiasa mengingatkan kepada kesemua para pemain supaya  melakukan serangan untuk mencipta seberapa banyak jaringan


“Namun dalam masa yang sama kami perlu bijak mengawal keadaan sepanjang 90 minit di atas padang,” katanya.


Source: SH Sukan

[featured-video-plus]