Warga emas terharu terima bantuan

in Edisi Johor by


BATU PAHAT – Seorang warga emas terharu selepas bumbung rumah yang rosak diganti baharu, baru-baru ini.   


Ismail Stro, 79, berkata, dia hanya mampu mengucapkan terima kasih atas bantuan diterimanya.


Katanya, dia terharu dengan kesudian orang ramai membantunya.


“Terima kasih kepada semua sahabat yang menguruskan pembelian zink dan menyumbangkan tenaga dalam kerja amal ini,” katanya.


Sementara itu, Adun Parit Yaani, Aminolhuda Hassan berkata, bantuan diberikan merupakan hasil sumbangan orang ramai.


Katanya, sumbangan bertujuan meringankan beban Ismail yang mesra dengan panggilan Wak Ismail selain memberi keselesaan hidup kepadanya yang menetap di di Parit Haji Ali, Jalan Kluang, di sini.


Beliau berkata, kira-kira RM700 berjaya dikumpulkan bagi menggantikan bumbung rumah Ismail yang uzur.   


Menurutnya, projek menggantikan bumbung rumah Wak Ismail itu dilakukan secara bergotong-royong.


Aminolhuda berkata, Wak Ismail yang dipotong kakinya akibat kencing manis kini menumpang kasih bersama anak dan menantunya.


Source: SH Edisi Johor

[featured-video-plus]