BN Kelantan seru pengundi luar pulang

in Politik by


TANAH MERAH – BN Kelantan menyeru pengundi luar supaya pulang mengundi dan melakukan perubahan kepada pemerintahan kerajaan Kelantan pada PRU14, 9 Mei ini.


Pengerusi Biro Pengundi Luar Umno negeri, Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz berkata, jumlah pengundi luar merupakan bilangan yang besar bagi menentukan siapa yang bakal dipilih untuk pemerintahan di negeri ini.


“Kita telahpun mengenalpasti perantau yang berdaftar mengundi iaitu seramai 150,000 orang.


“Ia satu jumlah yang besar sekiranya peratus undi dan sokongan memihak kepada BN Kelantan,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Pertemuan Bersama Pesara kerajaan di sini semalam.


“Kita harap pengundi luar pulang ke negeri ini dan memberikan sokongan udi kepada calon-calon yang bertanding di Parlimen dan Dun masing-masing.


“Kerajaan telah mengumumkan cuti bagi penjawat awam begitu juga terdapat majikan swasta ada yang melakukan pelepasan cuti, jadi kita harap mereka (pengundi luar) pulang,” katanya.


Ikmal berkata, setakat ini pihaknya masih melakukan perbincangan bagi membantu pengundi luar untuk pulang ke perantauan pada hari penting itu.


“Dari segi penyediaan pengangkutan seperti bas, BN negeri tidak menyediakan kemudahan itu, tetapi ia terpulang kepada bahagian masing-masing untuk menyediakan bas atau tidak kepada pengundi luar.


“Kebiasaannya hanya tambang disediakan dan kita turut melakukan perbincangan bagi menyediakan tambang kepada pengundi  luar dan jumlah itu masih belum diputuskan lagi, “katanya.


Source: SH Politik

[featured-video-plus]