Bukan angkara Mossad

in Global by


TEL AVIV – ISRAEL . Menteri Pertahanan Israel, semalam menolak dakwaan agensi risikan Mossad membunuh pensyarah Palestin yang ditembak mati di Malaysia pada Sabtu lalu.


Avigdor Lieberman berkata, pembunuhan Fadi al-Batsh, 35, itu adalah sebahagian daripada pertikaian dalaman Palestin.


Ketika kejadian itu, dua lelaki menunggang motosikal dilaporkan melepaskan 10 das tembakan ke arah anggota Hamas terbabit di sebuah jalan di Kuala Lumpur.


Keluarga Fadi mendakwa Mossad sebagai dalang di sebalik pembunuhan itu.


Lieberman memberitahu radio Israel, saintis terbabit adalah pakar roket dan beliau tidak terlibat dalam meningkatkan grid elektrik atau infrastruktur dan air.


“Kami ada mendengar beberapa pengumuman dibuat pemimpin Hamas bahawa Fadi terlibat dengan penghasilan roket dan meningkatkan ketepatannya,” lapor akhbar Haaretz memetik kenyataannya.


Sebelum ini, Hamas pernah mendakwa Israel merancang pembunuhan ke atas pakar mereka di luar negara walaupun Mossad tidak pernah mengesahkan operasi seumpama itu.   Pada 2016, seorang warga Tunisia dipercayai pakar dron Hamas dilaporkan turut dibunuh. – BBC

 


Source: SH Global

[featured-video-plus]