Kes tipu sijil akademik: Tiga dibebas dengan jaminan

in Nasional by


PUTRAJAYA – Tiga lelaki yang direman kerana disyaki terlibat sindiket pengeluaran sijil akademik palsu menggunakan nama institusi pendidikan tinggi swasta (IPTS) di negara ini dibebaskan hari ini.


Majistret Low Wen Zhen membenarkan dua lelaki tempatan berkenaan masing-masing dikenakan jaminan RM7,000 dengan seorang penjamin.


Seorang lagi suspek, warga India dibebaskan dengan jaminan RM10,000 dengan dua penjamin serta pasport antarabangsanya diserahkan kepada mahkamah.


Sebelum ini, mereka direman bermula 16 April lalu setelah ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Jalan Ipoh, Kuala Lumpur dalam satu operasi khas pada pukul 4 petang, 15 April lalu.


Sehingga kini, enam individu termasuk dua wanita telah direman membabitkan kes tersebut.


Menurut sumber, sindiket itu didapati mengeluarkan sijil palsu ijazah sarjana, ijazah sarjana muda dan diploma tanpa memerlukan seseorang mengikuti kursus pembelajaran di institusi pengajian terbabit.


Jelasnya, sindiket itu hanya mengambil masa seminggu untuk menyediakan transkrip palsu menggunakan nama-nama IPTS dengan bayaran antara RM2,000 hingga RM16,000 bergantung jenis sijil dan IPTS. – Bernama


Source: SH Nasional

[featured-video-plus]