PKR mampu takluk kubu kuat BN

in Edisi by


TELOK AIR TAWAR – PKR menjangkakan bakal melakar satu perubahan besar dalam PRU14.


Perkara tersebut disuarakan kepimpinan dan akar umbi parti itu yang tidak sabar dalam memastikan kemenangan PKR.


Pemangku Ketua Cabang PKR Tasek Gelugor, Mustafa Kamal Ahmad berkata, apa yang dihasratkan ini berdasarkan sokongan dan maklum balas yang diterima daripada masyarakat setempat di kawasan Telok Air Tawar.


“PKR sentiasa fokus dan berusaha untuk menawan Telok Air Tawar yang selama ini menjadi antara kubu BN di kawasan Tasek Gelugor ini.


“Dengan gerak usaha dan perjalanan kita dalam membela nasib rakyat tanpa mengira bangsa dan agama di dalam kawasan ini, PKR yakin akan memperoleh kejayaan yang luar biasa di sini kelak,” katanya dalam program sarapan bersama rakyat di Telok Air Tawar, siang tadi.


Hadir sama dalam majlis itu, Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.


Katanya, persediaan bukan saja dari segi kepimpinan malahan turut sama dari akar umbi jentera di sini.


“Kebersediaan untuk menawan kerusi Telok Air Tawar itu bukan sekadar syok sendiri namun lebih kepada program yang berteraskan kepada masyarakat di peringkat akar umbi,” katanya.


Source: SH Edisi

[featured-video-plus]