Polis tubuh pasukan khas jejak pembunuh Imam Palestin

in Edisi Selangor KL by


KUALA LUMPUR РPolis menubuhkan pasukan khas bagi menyiasat kes kematian Imam dan pensyarah warga  Palestin yang mati ditembak dua suspek di hadapan Komdominium Idaman Puteri, Jalan Meranti, Medan Idaman Setapak, semalam.


Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun, berkata, ia bagi menjalankan siasatan menyeluruh kes berkenaan.


“Siasatan masih dijalankan dan penubuhan pasukan khas ini supaya dapat merungkai kes pembunuhan ini secepat mungkin,”katanya dalam sidang media hari ini.


Tambah beliau, bedah siasat mangsa masih dijalankan sejak jam 9 pagi tadi di Hospital Selayang.


Beliau menafikan terdapat tangkapan terhadap suspek seperti mana yang tular di media sosial.


“Tangkapan dibuat namun tiada kaitan dengan kes ini. Polis masih menjalankan siasatan dan orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat diharapkan agar tampil bagi membolehkan siasatan menyeluruh dijalankan,”katanya.


Source: SH Edisi Sel KL

[featured-video-plus]