Puluhan mayat dalam kubur besar

in Global by


QAMISHLI – SYRIA. Puluhan mayat termasuk militan dan orang awam ditemui dalam satu kubur besar di bekas kubu kuat Daesh di Raqa, kata seorang pegawai tempatan kelmarin.


“Hampir 50 mayat dibawa keluar dari kubur tersebut, yang dipercayai mengandungi kira-kira 200 mayat,” kata Abdallah al-Eriane.


Kubur berkenan terletak di sebuah padang bola sepak, berhampiran hospital yang menjadi tempat persembunyian militan sebelum mereka dihalau keluar dari bandar berkenaan.


“Nampaknya ia menjadi satu-satunya kubur di kawasan itu dan pengebumian dilakukan secara tergesa-gesa,” katanya.


Dalam beberapa bulan kebelakangan ini, pihak berkuasa di Syria dan Iraq telah menemui beberapa kubur besar di wilayah yang pernah dikuasai Daesh.


Pada Februari lalu, tentera Syria menemui kubur besar mengandungi lebih 30 mayat yang dibunuh Daesh di bandar sama. – AFP


Source: SH Global

[featured-video-plus]