Video tular dakwa polis lambat tidak berasas

in Edisi Selangor KL by


KUALA LUMPUR – Polis menyangkal dakwaan seorang lelaki berketurunan Arab yang mendakwa pasukan polis lambat tiba dilokasi kejadian kes pembunuhan imam dan pensyarah warga Palestin, Fadi M.R. Albatsh, 35, awal pagi semalam.


Video berdurasi 1 minit 49 saat yang tular di media sosial sejak semalam memaparkan lelaki berkenaan bercakap dalam bahasa Arab menyatakan kekesalan terhadap pihak polis di negara ini yang lambat bertindak.


Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harum, berkata, video berkenaan telah diambil daripada YouTube Al-Aqsar danĀ  diterjemahkan oleh salah seorang pemilik akuan Facebook namun akhirnya mengaku berlaku kesilapan terjemahan.


“Video tular menyatakan lelaki berkenaan mengaku bersama mangsa ketika kejadian dan telah menelefon polis sebanyak 43 kali danĀ  polis mengambil masa lama untuk sampai. Mangsa mungkin boleh diselamatkan jika bantuan tiba lebih awal.


“Terjemahan sebenar adalah panggilan dibuat tiga ke empat kali. Namun, hasil siasatan temubual bersama saksi-saksi lain membuktikan tidak terdapat mana-mana warga asing yang ada bersama Fadi ketika ditembak.


“Pihak polis juga hanya mengambil masa kurang 10 minit untuk tiba di lokasi kejadian selepas menerima laporan daripada orang awam,”katanya dalam sidang media hari ini.


Justeru beliau menasihatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang kenyataan yang boleh menjejaskan siasatan atau menularkan sebarang berita tidak sahih.


Source: SH Edisi Sel KL

[featured-video-plus]