Anggota polis rogol pembantu rumah akan dituduh di mahkamah

in Edisi Johor by


KULAI – Siasatan berhubung seorang anggota polis yang dipercayai terlibat dengan kes rogol membabitkan seorang pembantu rumah warga Indonesia telah lengkap.


Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Khalil Kader Mohd berkata, pihaknya kini akan membawa kertas siasatan untuk proses pertuduhan kes ke mahkamah.


“Anggota tersebut telah diambil tindakan undang-undang. Saya difahamkan siasatan kes itu telah dilengkapkan.


“Kita dalam proses untuk serahkan kertas siasatan itu untuk mencadangkan pertuduhan kes itu di mahkamah,” katanya.


Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai perkembangan kes seorang anggota polis yang ditahan polis bagi membantu siasatan berhubung kes rogol membabitkan seorang pembantu rumah warga Indonesia di sebuah hotel bajet di Jalan Belimbing dekat Senai, di sini, 17 April lepas.


Sebelum ini, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Johor, Senior Asisten Komisioner Kamaluddin Kassim berkata, tindakan suspek yang berusia 30 tahun itu berjaya dikesan setalah wanita itu tampil membuat laporan di Balai Polis Senai.


Suspek telah ditahan reman sehingga esok bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol.


Source: SH Edisi Johor

[featured-video-plus]