Mapex tawar 90 projek hartanah

in Edisi Pahang by


KUANTAN – Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (Rehda) Pahang menyasarkan kira-kira RM30 juta hasil jualan mampu dijana daripada nilai keseluruhan yang ditawarkan kepada pengunjung sempena Ekspo Hartanah Malaysia (Mapex) 1 2018  pada Jumaat hingga Ahad ini.


Pengerusinya, Cheoh Chee Guan berkata, sebanyak 20 pemaju perumahan termasuk Rehda dan Pejabat Setiausaha kerajaan (SUK) negeri bahagian perumahan melibatkan 90 projek yang ditawarkan kepada pengunjung.


Daripada jumlah itu, katanya, sebanyak 87 projek ditawarkan di negeri ini, manakala selebihnya adalah pembangunan perumahan di Terengganu dan Kuala Lumpur.


“Nilai keseluruhan yang dipamerkan di ekspo tersebut lebih kurang RM699 juta bagi kira-kira 1,562 unit hartanah. Ini termasuk baki, lebihan jualan dan fasa baru bagi setiap projek yang sudah dijalankan sebelum ini.


“Unit hartanah yang ditawarkan meliputi kediaman pelbagai jenis, rumah kedai, pejabat, pangsapuri dan lot komersial,” katanya.


Menurutnya, Mapex 1 adalah satu platform ideal untuk orang ramai bertemu pemaju, pembiayaan kewangan dan pakar hartanah dengan pelbagai hartanah kediaman dan komersil.


Selain itu, katanya, pengunjung boleh mengambil kesempatan daripada ekspo ini dengan mendapatkan nasihat berkaitan pelaburan hartanah.


“Tidak hanya terdapat tapak penjualan pelbagai jenis kategori hartanah, malah pelbagai institusi kewangan turut sama membantu orang ramai mendapatkan keinginan mereka.


Ekspo yang berlangsung selama tiga hari itu akan diadakan di Melor (Main) Concourse Berjaya Megamall di sini.


Majlis tersebut akan dirasmikan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Muhammad Safian Ismail, pada jam 3 petang Jumaat ini.


Source: SH Edisi Pahang

[featured-video-plus]