Mohamed Khaled sah tanding dua kerusi

in Edisi Johor by


JOHOR BAHRU – Pengerusi BN Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin mengesahkan bakal bertanding dua kerusi pada PRU14.


Beliau kembali bertanding kerusi Parlimen Pasir Gudang selain mempertahankan kerusi Dun Permas yang dimenanginya pada PRU13.


Pengumuman itu menyaksikan pemenang kerusi Parlimen tersebut pada PRU13, Datuk Normala Abdul Samad tidak dicalonkan semula.


Sebelum ini, terdapat khabar angin mengatakan Mohamed Khaled akan bertanding kerusi Parlimen dan Dun menjadi hangat dalam kalangan penyokong setia BN.


Terdapat dakwaan mengatakan pencalonan semula beliau bagi kerusi Parlimen adalah kerana kebimbangan jentera parti kerusi tersebut jatuh ke tangan pembangkang jika penyandangnya dicalonkan semula.


Ini kerana Normala pada PRU13 sekadar menang dengan hanya mendapat majoriti 935 undi.


Oleh itu, atas kredibiliti Mohamed Khaled selaku bekas Ahli Parlimen kawasan tersebut, jentera mahu beliau dicalonkan untuk PRU14.


Terdahulu, Mohamed Khaled ketika sidang media selepas merasmikan Pasar Muafakat Sabah@Johor di Bandar Seri Alam, dekat Pasir Gudang hanya mengesahkan untuk mempertahankan kerusi Dun dimenanginya.


Sementara usaha mendapatkan pengesahannya berkaitan pencalonan semulanya untuk kerusi Parlimen Pasir Gudang tidak membuahkan hasil sebelum ini.


Bagaimanapun, pada Majlis Pengumuman Calon BN Johor bagi PRU14 segalanya terjawab apabila beliau sendiri mengesahkan akan bertanding dua kerusi sekali gus menamatkan spekulasi yang hangat sebelum ini.


Source: SH Edisi Johor

[featured-video-plus]