Murid SK Wira hebat catur

in Edisi Pahang by


KUANTAN- Sekolah Kebangsaan (SK) Wira tidak menyangka lima daripada 11 murid sekolah berkenaan merangkul kemenangan dalam Kejohanan Catur Majlis Sukan-Sukan Daerah (MSSD) Zon Perkasa yang diadakan di SK Sungai Isap Murni, baru-baru ini.


Nur Nazatul Zahirah Mohd Rassidi, 10, dinobatkan johan dalam kategori Perempuan manakala Sufi Amzar  Sulaiman 12, pula selaku naib johan bagi kategori lelaki.


Sementara itu, tiga lagi murid meraih tempat ke 4, 16 dan 20 daripada 186 penyertaan.


Guru Penolong Kokurikulum, Lukman Alhakim Nor berkata, beliau terharu apabila peserta sekolah itu berjaya menjadi johan walaupun ditentang hebat peserta sekolah lain.


“Alhamdulillah, usaha dan latihan serta menyertai kejohanan terbuka anjuran kelab catur negeri yang kami aturkan selama ini membuahkan hasil.


“Kami berharap dapat buat yang terbaik untuk peringkat seterusnya,” katanya kepada Sinar Harian.


Beliau turut berharap pihak sekolah dapat menggalakkan peserta membuat persediaan awal untuk memberi cabaran dalam pertandingan seterusnya.


Source: SH Edisi Pahang

[featured-video-plus]