Pelbagai pembangunan di Parlimen Tapah

in Edisi by


TAPAH ROAD – Kebersamaan di antara pemimpin di Parlimen Tapah membantu kepada pembangunan di kawasan ini yang dapat dinikmati oleh penduduk  setempat.


Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri M Saravanan berkata, kesepakatan di antara pemimpin setempat diterjemahkan dengan pelbagai pembangunan dibawa ke Parlimen Tapah.


“Sebagai contoh, pembangunan Kompleks Sukan Tapah di Tapah Road bukti kesepakatan antara pemimpin persekutuan dan negeri demi pembangunan di sini.


“Perbincangan antara saya dan  Exco Kerajaan Negeri, Datuk Samsudin (Abu Hassan) banyak membantu kepada pembinaan kompleks sukan ini,” katanya.


Beliau berkata demikan ketika merasmikan Kem Bakat Badminton Kementerian Belia dan Sukan – Nusa Mahsuri, di Kompleks Sukan Tapah,  hari ini.


Hadir sama, Exco Kerajaan Negeri, Datuk Samsudin Abu Hassan, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perak, Mohd Hata Saliman.


Saravanan yang juga penyandang kerusi Parlimen Tapah berkata, pembinaan kompleks Sukan Tapah atau pembangunan lain tidak akan berlaku jika tiada kesepakatan di antara pemimpin.


“Jika di Parlimen Tapah ada pemimpin parti A, parti B dan parti C, pastinya tiada kesepakatan dan pastinya pembangunan susah nak dibawa ke sini,” katanya.


Dalam pada itu, beliau berkata,  Kem Bakat Badminton Kementerian Belia dan Sukan – Nusa Mahsuri itu memberikan pendedahan sistem permainan yang betul selain menanam minat dan mencungkil bakat baru di akar umbi.


Katanya, kem yang dijalankan itu juga menyimbangi pembangunan sukan badminton dengan lebih tersusun di peringkat akar umbi.


“Smart partnership kepada kelab Nusa Mahsuri dalam mengenalpasti bakat-bakat baru dan diketengahkan ke peringkat lebih tinggi,” katanya.


Source: SH Edisi

[featured-video-plus]